
Beliau berkata demikian mengulas mengenai aduan orang ramai mengenai tindak
Beliau yang terkejut dengan perkembangan itu berkata, borang bantuan BR1M diedarkan secara percuma kepada orang ramai bermula 10 Disember lalu dan tarikh akhir bagi menghantar borang itu adalah pada 10 Januari 2012.
“Ia boleh didapati di semua pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Penerangan, Pusat Khidmat Masyarakat termasuk melalui Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kawasan masing-masing.
“Kita juga telah sebarkan maklumat dan cara mendapatkan borang percuma ini di setiap masjid di kawasan ini. Pemohon diingatkan supaya lebih berhati-hati dan jika perkara itu berlaku saya cadangkan mereka buat laporan polis,” katanya.
Pemohon bantuan boleh menghubungi talian Hotline BR1M di 1-800-222-500 untuk mendapat kepastian bagi mengelak mereka menjadi mangsa sindiket penipuan seperti itu atau layari laman web http://www.treasury.gov.my
No comments:
Post a Comment