
Rozi yang juga pengurus skuad T-Team bertegas tidak mahu kejadian sama berulang di mana lampu limpah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu itu kerap kali dibaiki, tetapi tetap tidak mencapai piawaian ditetapkan.
“Itu pastinya tidak betul (kerap dibaiki). Justeru, kerajaan negeri mengarahkan PBSNT dan MBKT menyediakan laporan lengkap yang tepat. Berpandukan laporan itu, kerajaan negeri akan menilainya dan membuat keputusan membaiki lampu limpah di stadium berkenaan.
“Kami tak kisah berbelanja lebih asalkan lampu limpah itu mengikut piawaian ditetapkan dan tahan lama tanpa sebarang masalah. Siapa sanggup membaiki benda sama setiap tahun, apa lagi setiap kerja baik pulih membabitkan perbelanjaan besar,” katanya pada majlis Anugerah Belia Negara Peringkat Negeri di Hotel Primula, semalam.
Kelmarin, akhbar Berita Harianmelaporkan situasi itu agak memalukan apabila tiga pasukan bola sepak yang memenangi tiga trofi utama musim ini iaitu Terengganu, Negeri Sembilan dan Kelantan, gagal menepati piawaian kecerahan lampu limpah minima 800 lux ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Berita Harian
No comments:
Post a Comment