Wednesday, December 14, 2011

Pengusaha Industri Ikan Perlu Lebih Bertanggungjawab

Pengusaha industri perikanan di negeri ini diminta lebih bertanggungjawab bagi memastikan tidak berlaku ketirisan dalam pendaratan ikan.

“Jumlah pendaratan ikan di negeri ini agak berkurangan sejak kebelakangan ini dan isu menjadi perbualan umum,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Asha’ari Idris.

Katanya, kerajaan juga memandang serius tindakan sebahagian nelayan yang mendaratkan hasil tangkapan di negara jiran yang boleh menjejaskan ekonomi negeri dan juga negara.

Menurutnya, untuk menangani masalah itu, Jabatan Perikanan dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia diminta membuat pemeriksaan terhadap bot yang disyaki.

“Setakat ini beberapa langkah telah diambil termasuk memastikan semua bot yang berdaftar dan menggunakan kemudahan mendarat ikan di negeri ini,” katanya.

Selain itu katanya, bekalan ikan segar agak terbatas sekarang kerana ramai nelayan tidak dapat keluar menangkap ikan disebabkan ombak besar.

Sehubungan itu, bekalan ikan beku hampir keseluruhannya tidak dapat dielak dalam usaha menampung permintaan rakyat tempatan.

Teganukita

No comments:

Post a Comment