Seorang remaja dikhuatiri lemas setelah dihanyutkan arus deras ketika mandi di air terjun Lata Tembakah di Hulu Besut tengah hari tadi.
Muhammad Fakhir Mat Yassin, 17, dari Pengkalan Demit, Kubang Kerian, Kelantan berkelah di situ bersama 34 rakannya yang lain.
Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, remaja yang bekerja sebagai tukang cat itu dikatakan tidak pandai berenang.
"Kira-kira sejam selepas mereka mandi, mangsa tiba-tiba menjerit meminta tolong kerana dihanyutkan arus ke tempat yang lebih dalam.
"Rakan-rakannya cuba membantu namun gagal mencapai tangannya,” katanya kepada pemberita.
No comments:
Post a Comment