Wednesday, December 7, 2011

Terengganu, Kelantan Risiko Banjir Hujung Minggu Ini

Menteri Besar ketika melawat kawasan dilanda banjir di Terengganu dua minggu lalu.

Kawasan rendah di Terengganu dan Kelantan berisiko mengalami banjir hujung minggu ini berikutan hujan lebat yang dijangka turun Jumaat hingga Sabtu ini.

Berikutan itu, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran peringkat kuning mengenai hujan sekejap-sekejap kadang kala sederhana di kedua-dua negeri itu.

Kawasan yang terbabit di Kelantan ialah Tumpat, Kota Baharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang dan Pasir Mas manakala di Terengganu pula membabitkan daerah Besut, Setiu dan Kuala Terengganu.

Jabatan itu dalam kenyataan semalam turut mengeluarkan amaran angin kencang dengan kelajuan 60 kilometer sejam dan laut bergelora kategori ketiga dengan ombak setinggi 5.5 meter bagi kawasan perairan Pahang, Johor timur, Sarawak, Tioman, Bunguran, Condore, Reef North, Reef South dan Layang-Layang.

Keadaan itu yang di jangka berterusan hingga hari ini dan berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

Amaran angin kencang dan laut bergelora kategori kedua dengan kelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam dan ombak setinggi 4.5 meter juga dikeluarkan bagi perairan Kelantan, Terengganu, Labuan dan dan kawasan pedalaman, pantai barat dan Kudat di Sabah serta di Samui, dan Palawan.

Keadaan itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri, katanya.

No comments:

Post a Comment