Persatuan Badminton Negeri Terengganu (PBNT) mensasarkan untuk melahirkan barisan pemain bertaraf dunia menjelang 2014, kata presidennya Syed Abu Bakar Abdullah.
Katanya PBNT kini sedang melatih 1,200 pemain berusia bawah 10, 12 dan 14 tahun dan berazam melahirkan pemain bertaraf kebangsaan dalam masa terdekat.
Katanya daripada jumlah pelatih muda tersebut seramai 60 pemain telah dipilih oleh PBNT melalui program cari bakat "Jelajah Terengganu" dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) bulan lepas.
Bercakap kepada Bernama di Kuala Terengganu, semalam Syed Abu Bakar seramai 260 pemain termasuk 60 pemain program "Jelajah Terengganu" akan menyertai Karnival Badminton Terengganu di mana 25 pemain terbaik akan ditempatkan di Sekolah Sukan Bukit Nenas, Setiu.
Beliau berkata PBNT akan menguji barisan pemain berkenaan apabila diberi peluang mewakili Terengganu dalam Sukan Malaysia (Sukma) di Kuantan tahun depan.
No comments:
Post a Comment