Wednesday, December 7, 2011

Terengganu Tidak Bercadang Laksana Gaji Minimum Kepada Kakitangan GLC

Kerajaan negeri Terengganu tidak bercadang melaksanakan skim gaji minima kepada kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negeri ini.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata, bagaimanapun kerajaan negeri bersedia mematuhi dan mengikut jika kerajaan pusat melaksanakannya.

"Kita ikut kerajaan buat kerana kita kerajaan Barisan Nasional yang seia sekata. Kerajaan Persekutuan bayar setengah bulan bonus, kita bayar juga. Tidak ada masalah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Abdul Wahid Endut (PAS-Wakaf Mempelam) pada persidangan DUN yang ingin tahu adakah kerajaan Terengganu bercadang melaksanakan Skim Gaji Minima kepada kakitangan GLC.

No comments:

Post a Comment