Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu menerima lapan kes berkaitan orang hilang sepanjang tahun ini sehingga November dan tujuh dari kes itu berjaya diselesaikan.
Satu kes yang gagal diselesai melibatkan seorang remaja yang dilaporkan lemas di Tasik Kenyir pertengahan tahun ini, kata Penolong Penguasa Bomba Dan Penyelamat Negeri Khairul Anuar Ahmad.
Beliau berkata antara faktor yang melibatkan kehilangan orang ini ialah lemas, nyanyuk dan lembam, katanya di Kuala Terengganu semalam.
Selain itu, pihaknya juga menerima laporan orang sesat semasa melakukan ekspedisi di hutan, kata beliau.
No comments:
Post a Comment