Kerajaan negeri memperuntukkan dana sebanyak RM400,500 kepada 1,577 peduduk Cina di Parlimen Kemaman bagi membolehkan mereka mengadakan persiapan menyambut Tahun Baru Cina tidak lama lagi.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, bantuan tahunan secara berperingkat itu melibatkan 1,059 penerima dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai, DUN Kemasik (337), DUN Kijal (155) dan DUN Air Putih (26).
Menurutnya, setiap penerima mendapat agihan antara RM200 hingga RM400 bergantung kepada pendapatan dan jumlah isi rumah.
"Program ini adalah bagi membantu golongan kurang berkemampuan menjelang Tahun Baru Cina yang bukan sahaja di Parlimen Kemaman malah seluruh Terengganu," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan Dana Raya Tahun Baru Cina di Dewan Sri Amar, Chukai, Kemaman sebentar tadi yang turut disertai isterinya, To' Puan Seri Norliza Mahmud.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi, Datuk Mohamed Awang Tera, ADUN Kemasik, Ir. Rosli Othman dan ADUN Air Putih, Wan Hakim Tan Sri Wan Mokhtar.
Menurut Ahmad Said, selepas ini lebih banyak lagi program seperti itu akan diadakan untuk masyarakat berbilang kaum termasuk masyarakat Orang Asli dan Siam di negeri ini.
Teganukita
No comments:
Post a Comment