Wednesday, January 25, 2012

6.800 Paket Minyak Masak di Rampas di Bukit Payung

Anggota penguat kuasa KPDNKK memeriksa sebahagian minyak masak yang dirampas di Bukit Payung, Marang kelmarin.

Tembelang sebuah premis yang menjalankan perniagaan membungkus minyak masak secara haram di Batu Sembilan, Bukit Payung dekat sini terbongkar selepas diserbu anggota penguat kuasa Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Terengganu kelmarin.

Serbuan kira-kira pukul 2 petang itu dilakukan selepas menerima maklumat awam mengenai kegiatan premis itu menjual minyak masak dalam paket tanpa lesen.

Dalam serbuan itu, sebanyak 6,800 paket minyak masak bernilai RM16,660 telah dirampas.

Pemeriksaan lanjut turut mendapati pemilik premis berkenaan telah menyorok 400 buah kotak berisi barang kawalan itu di dalam sebuah gudang.

Kosmo!

No comments:

Post a Comment