Seorang lelaki (tengah) dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu untuk direman.
“Arwah pergi tanpa tinggal sebarang pesan dan dia juga tidak tunjuk sebarang perubahan.”
Demikian luahan seorang guru yang hanya mahu dikenali sebagai Suhana, 29, bakal tunang Lans Koperal Yaseer Janudin, 26 yang maut selepas ditembak rakannya ketika keluar berburu, kira-kira pukul 9.40 malam, Khamis lalu.
Kejadian berlaku apabila rakan mangsa seorang kakitangan Jabatan Kesihatan daerah Hulu Terengganu menyangkakan dia rusa ketika mereka berburu di kawasan hutan Kampung Kuala Menjing, dekat sini.
Ia mengakibatkan mangsa yang bertugas di Unit Persenjataan Ibu Pejabat Polis Hulu Terengganu yang ditembak pada dada sebelah kiri maut di tempat kejadian.
Menurut Suhana, dia juga sebenarnya tertunggu-tunggu mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) selepas kali terakhir berhubung dengan bakal tunangnya itu kira-kira dua jam sebelum kejadian.
Sementara itu, seorang pemandu ambulans sebuah pusat kesihatan di Hulu Terengganu yang dipercayai tertembak rakannya, seorang anggota polis, sehingga mangsa terbunuh ketika memburu di hutan Kampung Kuala Menjing, Hulu Terengganu, Khamis lalu, ditahan reman dua hari bermula hari ini.
Perintah tahanan reman suspek berusia 49 tahun itu dikeluarkan Pendaftar Kanan, Mohd Rusli Ahmad semalam bagi membantu siasatan Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Suspek berpakaian lokap ditahan bagi membantu kes anggota polis, Lans Koperal Yaseer Janudin, 26, dari Kampung Permatang Pasir, Melaka Tengah yang bertugas di Bahagian Persenjataan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu yang maut terkena satu das tembakan.
Dalam kejadian pada jam 9.45 malam itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di badan dan tangan kanan.
Kosmo! & Harian Metro
No comments:
Post a Comment