Ahli UMNO diingatkan supaya tidak melakukan perbuatan memburukkan pemimpin UMNO semua peringkat bagi memastikan parti itu kekal utuh memperjuangkan nasib orang Melayu di negara ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata parti itu tidak akan bertoleransi terhadap ahli UMNO yang melakukan apa sahaja untuk menjejaskan parti itu terutama mereka yang bersifat ”musuh dalam selimut”.
"Kita telah kaji dua tahun sebelum ini apabila pembangkang serang peribadi individu pemimpin kadangkala kita sendiri yang ”mengipasnya”, kita tidak akan mempertahankannya. Benda ini berlaku kadang-kadang masa kita marah.
"Ahli UMNO yang menaikkan pemimpin, jadi mengapa mereka sendiri hendak cantas pemimpin UMNO. Jangan kita mengiyakan sesuatu yang tidak betul mengenai pemimpin kita,” katanya kepada pemberita dekat Bentong, semalam.
Menteri Dalam Negeri itu berkata demikian selepas menutup Majlis Pemukiman Kepimpinan Umno Terengganu di Janda Baik.
Hadir sama Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu.
No comments:
Post a Comment