Maybank menawarkan moratorium selama enam bulan kepada mangsa-mangsa banjir bagi bayaran ansuran bulanan dan pengecualian caj tertentu mengikut kes sehingga 30 Jun, 2012.
Dalam satu kenyataan semalam, Maybank berkata program bantuan malapetaka akan turut diberikan kepada perniagaan, enterpris kecil dan sederhana dan para pengguna yang menerima kesan banjir baru-baru ini di Johor, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak.
"Ini adalah moratorium kelima yang ditawarkan Maybank kepada pelanggannya sejak 2007 sejajar dengan misi kami memasukkan unsur kemanusian," kata Timbalan Presiden/Ketua Perkhidmatan Kewangan Komunitinya, Lim Hong Tat dalam satu kenyataan.
Bank itu, katanya akan memproses permintaan mendapatkan bantuan meringankan beban mengikut kes, yang menyasarkan untuk mengurangkan kesukaran yang dihadapi pelanggan.
"Sesetengah pelanggan terkena kesan buruk banjir itu dan memerlukan pembelaan di segi tanggung jawab kewangan pada masa penting ini serta menawarkan bantuan kemanusiaan untuk membantu mereka fokus pada komitmen masing-masing pada masa ini," katanya.
Selain itu, kumpulan insurans dan takaful bank itu, Etiqa, telah juga menyediakan nombor hotline tuntutan banjir 24 jam sebagai tambahan kepada langkah menggembleng unit masing-masing untuk membantu pelanggan membuat tuntutan, tuntutan.
"Sehingga ini, mereka telah memproses tuntutan bernilai lebih RM80,000 dari pemegang polisi yang menerima kesannya," katanya.
Program bank itu ditujukann bagi kemudahan urusan konvensional dan Islam.
Sesetengah ciri-ciri utamanya termasuk:
Penundaan bayaran ansuran bulanan mengikut kes bagi pinjaman pengguna yang termasuk urusan perbankan dan pembiayaan kereta sehingga enam bulan;
Pengecualian caj bagi pelanggan yang menerima kesan yang mahu mendapatkan gantian kad mesin juruwang, buku cek dan buku akaun yang musnah semasa banjir itu, dan;
Semakan semula permohonan dari pelanggan kad kredit mengikut kes bagi pengecualian caj lewat/pembiayaan dan permohonan menaikkan had kredit.
Para pelanggan boleh menelefon hotline Maybank di 1 300 88 6688 atau pergi ke cawangan berdekatan rumah masing-masing bagi mendapatkan maklumat lanjut dan bantuan mengenai program itu.
Pada masa lepas, Maybank telah menawarkan program yang sama semasa kejadian banjir pada Januari dan Disember 2007, November 2010 dan tanah runtuh di Bukit Antarabangsa pada Disember 2008.
No comments:
Post a Comment