Monday, January 30, 2012

MBKT Kutip 300 Tan Sampah Sehari

Majlis Bandar Raya Kuala Terengganu (MBKT) berjaya mengutip 300 tan sampah sehari dalam operasi pembersihan di bandar ini dan dibawa ke tapak pelupusan sampah di Sungai Ikan yang terletak 25 kilometer dari pusat bandar raya.

Datuk Bandar MBKT, Datuk Adzlan Mohd Dagang berkata, kerja-kerja pembersihan dan kutipan sampah dilaksanakan secara kontrak dan juga melalui jabatan.

“Kita membelanjakan RM7.75 juta setahun untuk urusan pembersihan kawasan dan kutipan sampah dalam disekitar bandar membabitkan kawasan seluas 4,291.31 hektar,” katanya.

Menurutnya untuk penyelarasan kerja, 14 zon diwujudkan iaitu Kuala Terengganu Selatan (10 zon) dan Kuala Terengganu Utara (4 zon).

Manakala urusan pembersihan dan kutipan sampah di Pulau Redang menelan belanja RM557,280 setahun termasuk urusan pengangkutan sampah dari chalet-chalet ke tanah besar.

Teganukita

No comments:

Post a Comment