“Ana terjun dari tingkap biliknya lepas campakkan beg pakaiannya ke tanah dan kemudian dia terus naik kereta yang sedang menunggu di tepi rumah,” kata seorang ibu, Anita Othman, 44, yang mendakwa anak gadisnya lari bersama rakannya, 9 Januari lalu.
Pelajar Tingkatan Tiga itu gagal dikesan sehingga sekarang.
Mengakui terkejut dengan tindakan anak keduanya, Wan Suhana Wan Rohin, 15, yang nekad terjun dari tingkap rumah walau tingkap rumah mereka yang agak tinggi dari tanah.
Anita berkata, dia yang menyedari perkara itu cuba mengejar selepas anaknya yang mesra dipanggil sebagai Ana terjun tetapi gagal kerana Ana pantas masuk ke dalam kereta sebelum kereta tersebut memecut laju.
Menurut ibu tiga anak ini, sebelum terjun Ana terlebih dahulu menyandarkan pintu biliknya dengan almari agar biliknya tidak dapat dimasuki.
“Tetapi anak mak cik yang bongsu sedar akan kelakuan pelik Ana yang sebelum itu mundar mandir di ruang tamu rumah. Sebaik Ana terjun dari tingkap anak bongsu mak cik yang baru berumur 12 tahun menjerit memberitahu sebelum mak cik kejar,” katanya ketika ditemui di Pejabat Khidmat Masyarakat DUN Chukai, semalam.
Anita dari Jalan Banggol Kanan dekat sini, yang bekerja sebagai tukang sapu memberitahu, mereka sekeluarga mengesyaki Ana lari bersama kawannya itu berusia 19 tahun gara-gara persahabatan mereka berdua berdua dihalang keluarga.
Malah, katanya, pada 2 Januari lalu Ana juga tidak pulang ke rumah sehingga waktu malam selepas keluar bersama Alan sejak jam 4 petang menyebabkan mereka sekeluarga melaporkan kes kehilangan anaknya kepada polis.
Bagaimanapun kira-kira jam 2 pagi barulah Ana dihantar pulang," katanya.
Sinar Harian
No comments:
Post a Comment