Polis Diraja Malaysia telah mewujudkan sebuah jawatankuasa khas untuk memantau dan menyiasat aktiviti perjudian melibatkan sukan bola sepak negara.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata jawatankuasa itu berperanan menyiasat sebarang dakwaan kewujudan unsur perjudian atau aktiviti bookie haram dalam perlawanan bola sepak.
"Ia disertai Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7), Persatuan Bolasepak Malaysia serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
"Kami tidak boleh mendedahkan lebih lanjut perkara ini kerana kita sedang memantau," katanya kepada pemberita, di Kuala Lumpur, semalam.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan telah memanggil beberapa pemain bola sepak Liga Perdana negeri Perlis bagi membantu siasatan berhubung dakwaan tawaran rasuah membabitkan pasukan itu yang kalah 2-7 di tangan MP Muar, 9 Jan lalu.
No comments:
Post a Comment