Friday, January 6, 2012

Peminat Terengganu Diminta Turut Sokong T-Team

Peminat bola sepak Terengganu diminta supaya turut menyokong pasukan kelab dari negeri itu iaitu T-Team dan tidak semata-mata memberi sokongan padu kepada pasukan negeri.
Gesaan itu dibuat oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

"Saya melihat seolah-olah peminat masih tidak mengubah sikap iaitu memihak kepada pasukan negeri mengatasi pasukan kelab.

"Sebagai contoh, dalam kejohanan Liga Malaysia tahun lepas, bila pasukan Terengganu bermain ramai peminat yang datang menonton tetapi bila pasukan T-Team bermain, sambutan peminat adalah kurang," katanya.

Ahmad Said berkata kemampuan kedua-dua pasukan adalah sama hebat yang kedua-duanya berjaya melangkah ke pusingan separuh akhir Piala Malaysia musim lalu.

No comments:

Post a Comment