Biarpun kali pertama kali beraksi di padang rumput tiruan di Stadium Jalan Besar Singapura, ia tidak menghalang skuad Penyu mempamerkan taringnya apabila berjaya membawa pulang tiga mata berharga selepas mengecewakan Lions XII 1-0, malam kelmarin.
Malah, tambah menggembirakan jurulatih, Mat Zan Mat Aris, walaupun agak tertekan pada awal babak pertama, pemain memperagakan aksi bermutu pada babak kedua untuk mengutip kemenangan keempat berturut-turut.
Namun, yang pasti kelibat pemain import, Francis Forkey Doe, yang sebelum ini ‘diharamkan’ Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) daripada beraksi, membuktikan sentuhannya terus berbisa selepas menjaringkan gol kemenangan pasukannya.
“Saya bangga dengan corak dipamerkan Doe yang bukan saja mampu mengucar-ngacirkan pertahanan lawan, malah bijak menghidu peluang,” katanya.
Jelas pasukan Terengganu juga tidak begitu gentar berhadapan kira-kira 8000 ribu orang penonton setia pasukan tuan rumah yang jelas begitu semangat memberi sokongan kepada pasukan mereka Singapura Lion XII.
Namun disebalik kepadatan penyokong tuan rumah, terselit kira - kira 100 orang penyokong setia pasukan Terengganu yang datang dari jauh semata-mata untuk memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan Terengganu.
Kelibat Francis Doe jelas agak terbatas, apabila dikawal begitu ketat oleh pertahanan Lion XII.Setiap pergerakan Francis Doe pasti akan dikawal 3 pemain Singapura Lion XII dan ia memberi banyak ruang kepada Mohd Ashaari Samsudin yang berjaya mendapat peluang untuk menjaringkan gol.
Namun rembatan beliau berjaya di tangkap kemas oleh Penjaga Gol Lion XII.
Berikutan itu, kelab penyokong siber, Ganusoccer.net mahu skuad Penyu terus mempamerkan aksi konsisten mereka dalam saingan Liga Super 2012 musim ini.
Pasukan Penyu dan penyokongnya langsung tidak terasa hati dengan provokasi yang dilakukan oleh segelintir penyokong Singapura setiap kali pemain Terengganu menguasai permainan, Ia dianggap perkara tersebut adat permainan.
“Bagi kami, provokasi yang dilakukan dalam kalangan segelintir 8,000 penonton setia pasukan tuan rumah kelmarin hanyalah taktik lama dalam sukan bola sepak. Ianya masih lagi dianggap terkawal selagi tidak mendatangkan sebarang kemudaratan kepada pemain dan penyokong lain,” kata Bisharuzzi Omar.
Mat Zan berpendapat kemenangan dirakam anak buahnya di gelanggang Lions XII malam kelmarin amat berharga dalam memastikan pasukan terus bersaing dan menghambat Kelantan dalam perebutan persada Liga Super.
“Sudah tentu kemenangan ini berharga kerana keputusan seri atau kalah akan menyebabkan kita akan tercicir mata dengan Kelantan. Jadi, kita perlu terus mencatat kemenangan untuk memberi tekanan kepada mereka,” katanya.
Katanya, walaupun skuad Penyu turun beraksi tanpa ketua pasukan, Marzuki Yusof yang cedera ketika latihan namun penggantinya Mohd Faizal Mohamad yang bergandingan bersama Muslim Ahmad kental menahan kubu daripada asakan musuh
No comments:
Post a Comment