Kementerian Dalam Negari (KDN) hari ini memaklumkan tarikh tamat Proses Pemutihan Program 6P ialah pada 10 Januari ini.
KDN dalam satu kenyataan hari ini berkata penjelasan itu dibuat bagi mengelak kekeliruan di kalangan masyarakat berikutan desas-desus yang mengatakan ia akan tamat esok.
Kerajaan mengadakan proses pemutihan dan pengampunan besar-besaran untuk pekerja asing tanpa izin (PATI) bagi merekod serta mendaftarkan golongan itu di negara ini melalui Program 6P (fasa pertama) pada 1 Ogos tahun lalu.
Berikutan inisiatif beberapa syarikat pengurusan yang turun ke ladang di kawasan pedalaman untuk memujuk PATI mendaftar, kerajaan melanjutkan tarikh itu, yang sepatutnya tamat pada 21 Ogos 2011, ke 31 Ogos tahun sama.
Fasa kedua Proses Pemutihan Program 6P bermula pada 10 Oktober tahun lalu sehingga 10 Januari 2012.
No comments:
Post a Comment