Tuesday, January 10, 2012

Laporan SPRM Terhadap MB - 'Telur Saya Tidak Kecut..'


Oleh Hambali Abdul Latiff

Saya sebenarnya tidak mahu mengulas panjang mengenai laporan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berhubung Program Bantuan Pakaian dan Alatan Sekolah di pejabat SPRM, di Kuala Terengganu pada Khamis 5 Disember 2012 lalu.

Ini kerana Kerajaan Negeri Terengganu dan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said pada Khamis, 15 Disember 2011 lalu sudah memfailkan saman fitnah terhadap ADUN Batu Buruk itu dan tiga yang lain atas dakwaan memfitnah berkaitan bantuan sekolah berjumlah RM30 juta.

Dalam pernyataan tuntutan itu, mereka memohon ganti rugi am, ganti rugi khas, melampau, teladan, dan kos dan juga satu perintah injuksi bagi menghalang defendan daripada terus menerbitkan artikel fitnah itu.

Dalam saman terhadap Syed Azman dan rakan-rakan sewaktu dengannya, selain kerajaan negeri dan Ahmad Said, turut dinamakan sebagai plaintif ialah dua peniaga iaitu Mek Hawa Abdul Rahman dan Hamie Azreen Ami Nordin yang diberikan kontrak membekalkan pakaian dan peralatan sekolah. Mereka menfailkan saman itu melalui Tetuan Hisham, Sobri dan Kadir di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi diKuala Terengganu.

.

Dalam saman itu, selain Syed Azman, turut dinamakan sebagai defendan ialah pemegang permit akhbar Harakah, Datuk Mustafa Ali, Ketua Pengarang akhbar Harakah, Ahmad Lutfi Othman dan syarikat pencetak akhbar Harakah, Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd.

Dalam pernyataan tuntutan, mereka mendakwa Syed Azman telah mengarang satu artikel berbaur fitnah bertajuk 'Seleweng RM30 juta Bantuan Sekolah?' yang disiarkan di akhbar Harakah pada 11 hingga 13 Nov lepas.


Namun, apabila sebuah blog yang menggunakan nama ‘Guanopulok’ pada 5 Januari lalu mengatakan saya dan beberapa ‘pecacai Ahmad Said’ kecut telor, rasanya eloklah kalau saya menulis sedikit mengenai isu ini.

Blok berkenaan dengan angkuh mengatakan: “Kita nak tenguk apa yang akan dilakukan oleh pecacai Mad Said. Bermula dengan Timbalan Suk Pengurusan ( Datuk Wan Ahamad Wan Muda), Setiausaha Politik Mad Said, Datuk Wan Ahmad Nizam, Penyelidik Kanan (yang sudah ditolak ke kiri oleh Mad Said), Hambali Abdul Latif dan Setiausaha Akhbar yang sudah masuk kelab Mad Said kawin dua, Rosli Zakaria. Ambe nak tengok apa mereka ini akan lakukan. Dah kecut semua telor pegawai Mad Said ni.”

Hakikatnya, 'telur' saya tidak kecut kerana laporan itu!

Saya tidak peduli dengan apa orang lain nak buat atau 'telor' mereka memang kecut - maksudnya sama ada Pengarah UKOM, Haji Shamsuddin Sulong atau Pengarang Teganukita, Roslan Abdul Rahman akan menjawab tuduhan Syed Azman.

Biarlah blog berkenaan menyebut saya sebagai ‘yang sudah ditolak ke kiri oleh Mad Said?’ atau Haji Samsuddin sebagai berkhayal mahu bertanding di Wakaf Membelam atau Lan Telipot (Roslan) sekarang sasau dengan kekasih lamanya!

Yang penting, saya tidak ‘ tidur’. Sama ada benar atau tidak benar bos-bos di UKOM ‘tidur’ dan tidak perasan pun akan ada laporan SPRM mahu dibuat, itu bukan urusan saya.

Syed Azman mengatakan Laporan Ketua Audit Negara 2010 telah mendedahkan banyak kelemahan program bantuan pakaian dan alatan sekolah yang dikendalikan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Terengganu.

Katanya: “Laporan ini dibuat supaya suatu siasatan segera dapat dilaksanakan oleh pihak SPRM dan saya juga memohon tindakan saya ini dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010. Asas kepada laporan ini dibuat berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2010, yang secara tidak langsung turut melibatkan penyelewengan di bawah bidang kuasa Menteri Besar Terengganu.

Yang pasti Ahmad Said akan berdepan dengan SPRM serta mungkin peguam Syed Azman dari Tetuan Fariz Halim & Co sementara Syed Azman & The Gang pula akan berdepan dengan Tetuan Hisham, Sobri dan Kadir di Kuala Lumpur.

Pada saman oleh Kerajaan Terengganu dan Menteri Besar itu Syed Azman dan rakannnya sebagai defendan didakwa berniat jahat mencetak dan menerbitkan artikel fitnah itu yang mengaitkan dan mendakwa kenyataan itu adalah difahami merujuk kepada mereka.

Mereka juga mendakwa artikel itu membawa maksud atau difahami bahawa kerajaan negeri dan menteri besar tidak telus dalam pemberian kontrak membekalkan pakaian dan alatan sekolah di bawah program bantuan pakaian dan alatan sekolah itu.

Sedangkan hakikatnya program itu adalah bagi membantu pelajar miskin di negeri itu untuk meringankan beban kewangan keluarga miskin dalam menyediakan keperluan persekolahan anak-anak.

Bersambung esok…

No comments:

Post a Comment