Kerajaan negeri menerima bayaran balik Dana Khas Persekutuan berjumlah RM200 juta daripada Kementerian Kewangan Malaysia di Wisma Darul Iman, kelmarin (15 Januari 2012).
Penyerahan itu disempurnakan Ketua Setiausaha Perbendaharaan kementerian itu, Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah kepada Menteri Besar Datuk Seri Haji Seri Ahmad Said di Tingkat 16, pejabat Menteri Besar.
Majlis penyarahan cek tersebut disaksikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah.
Hadir sama, Penasihat Undang-undang Negeri,Datuk Noorbahri Baharuddin; Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Haji Abdul Razak Ismail dan beberapa pegawai kanan kerajaan negeri.
No comments:
Post a Comment