Sunday, January 22, 2012

UMNO Terengganu Siapkan Bancian Pengundi Luar

UMNO Terengganu telah menyiapkan bancian pengundi luar bagi mengenal pasti mereka yang layak mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Ahmad Said berkata, menerusi bancian itu, pihaknya berjaya mengesan seramai 69,000 pengundi luar yang tidak pulang semasa pilihan raya lalu selain turut membuat bacaan sikap mereka.

"Kita ada semua maklumat perhubungan seperti nombor telefon, alamat tempat tinggal sebab kita nak hubungi mereka dan minta mereka pulang mengundi pada PRU 13 nanti,” katanya ketika berucap pada majlis Penutupan Pemukiman Kepimpinan UMNO Terengganu dekat Bentong semalam.

Penutupan program tiga hari yang berakhir hari ini dilakukan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan dihadiri 421 anggota parti.

Ahmad Said, yang juga Menteri Besar Terengganu berkata, bancian terhadap pengundi luar merupakan segmen penting bagi sesebuah parti dan ia tidak boleh dipandang ringan kerana golongan berkenaan berupaya menentukan kemenangan parti dalam pilihan raya.

Sehubungan itu, beliau meminta semua wakil rakyat sama ada di peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri supaya menggunakan data dan maklumat pada bancian itu pada PRU 13 kelak.

No comments:

Post a Comment