Sambutan tersebut turut dimeriahkan dengan acara perarakan yang dimulakan seawal pukul 8 pagi melibatkan 794 organisasi.Kesemua mereka terdiri daripada 288 kontinjen mewakili Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), syarikat swasta (12), pasukan beruniform (6), sekolah dan institusi pengajian tinggi (40), jabatan kerajaan persekutuan (28) dan jabatan kerajaan negeri (23).
Turut serta, badan bukan kerajaan (NGO) dan tadika kanak-kanak seramai 397 kontinjen.
Perarakan sejauh kira-kira dua kilometer itu bermula dari Dataran Shahban
Turut menyertai perarakan ialah Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri, Khazan Che Mat; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah dan barisan Exco kerajaan negeri dan ketua-ketua jabatan.
Terdahulu, Mazlan selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur dalam ucapannya menyeru rakyat terutama golongan muda supaya mencontohi kejayaan Nabi Muhammad dalam melahirkan sebuah tamadun yang hebat.
“Kita harus menjadikan Nabi Muhammad sebagai model dan personaliti pemimpin agama dalam melahirkan generasi muslim yang berjaya,” katanya.
Pada majlis tersebut, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin turut mencemar duli menyampaikan hadiah kepada beberapa pemenang yang menyertai pelbagai acara yang diadakan sempena sambutan itu.
Turut berangkat ke majlis, Sultanah Nur Zahirah.
Antara acara yang diadakan ialah pertandingan menulis, pidato, menulis khat, mewarna, menulis sajak dan syair peringkat sekolah menengah, rendah dan institusi pengajian tinggi.
Turut menerima hadiah, pertandingan keceriaan dan kebersihan tanah perkuburan yang diungguli Kampung Gong Terap, Setiu di tempat pertama, Kampung Bukit Wan, Kuala Terengganu (Kedua) dan Kampung Guntung Luar, Setiu (Ketiga).
Pemenang pertama membawa pulang wang tunai RM5,000, RM3,000 (Kedua) dan RM2,000 (Ketiga) serta sijil penghargaan.
Bagi pertandingan perarakan, Yayasan Islam Terengganu memenagi Kategori Jabatan Kerajaan Negeri dan Badan Berkanun Negeri, Kategori Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Badan Berkanun Persekutuan (Jabatan Pelajaran Negeri), Kategori Sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi (Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin).
Setiap pemenang memperolehi wang tunai RM2,000 dan sijil penghargaan.
No comments:
Post a Comment