Sunday, February 26, 2012

3 Termasuk Dua Beradik Maut, Kereta Terbabas

Tiga termasuk dua beradik maut, manakala seorang lagi parah apabila kereta yang dinaiki mereka terbabas di KM 1 Jalan Jertih-Pasir Puteh, di Jertehh awal pagi tadi.

Dalam kejadian 4.30 pagi itu, Nik Muhammad Firdaus Suhaimi @ Rahmat, 24, adiknya Nik Muhamad Faris, 19, serta rakan mereka Nazir Nazemi, 20, yang juga anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut, manakala pemandu kereta Wan Muhamad Shafiq Md Zin, 20, cedera parah.

Seorang lagi penumpang kereta jenis Perodua Myvi itu, Mohd. Fakhrulhanif Zainuddin, 26, tidak mengalami sebarang kecederaan, kata Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Mohd. Zakaria ketika ditemui pemberita hari ini.

Beliau berkata, kejadian berlaku apabila pemandu dipercayai gagal mengawal kereta apabila melepasi lampu isyarat di persimpangan Kampung Seberang Jerteh, menyebabkan kereta terbabas dan melanggar beberapa papan tanda.

"Pelanggaran itu mengakibatkan empat daripada mereka, kecuali Mohd. Fakhrulhanif, terpelanting keluar menerusi tingkap kereta terbabit,” katanya.

Menurut beliau, dua daripada mereka maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala, manakala Nik Muhamad Faris meninggal dunia di Hospital Daerah Besut ketik

No comments:

Post a Comment