Adiq menamatkan saingan semalam dengan kejayaan pingat perak.
"Syukur kerana akhirnya berjaya menghadiahkan pingat pertama kepada kontinjen negara dalam saingan lebih raya walau pun pada mulanya sasaran saya adalah pingat emas," kata Adiq yang mencatat masa 3 jam 2 minit 5 saat kelmarin.
"Selepas menjalani latihan selama dua minggu bersama kem Malaysia, saya anggap kejayaan ini adalah satu imbuhan yang sangat istimewa," demikian kata Muhamad Adiq Husainie Othman.
Beliau menghadiahkan kilauan perak dalam acara 128 kilometer (km) lelaki bawah 23 tahun kelmarin selepas Malaysia sepi tanpa sebarang pingatpada hari keempat saingan acara lebuh raya pada Kejuaraan Lumba Basikal Asia (ACC) 2012 apabila di Putrajaya itu kelmarin.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada jurulatih, Syed Muhammad Hussaini (Syed Mazlan) yang banyak membantu saya selama latihan dua minggu tersebut," katanya yang membolehkan Malaysia mengutip satu-satunya pingat dalam kejohanan itu.
Kem negara menarik nafas lega apabila Adiq yang turun dengan reputasi antara pelumba sensasi Asia, berjaya membuktikan statusnya itu dengan kayuhan bertenaga pada 50 meter terakhir.
Pelumba kelahiran Terengganu itu pada mulanya menduduki tempat kelima dalam kelompok lapan pelumba hadapan, namun berjaya memintas dua pelumba dari Iran dan Hong Kong di saat-saat akhir untuk berada di tempat kedua.
Adiq, 21, jelas sekali gembira dengan kejayaannya itu meskipun gagal merealisasikan sasarannya untuk memenangi emas acara yang melibatkan 10 pusingan ini.
Dalam perlumbaan 10 pusingan itu, Adiq berjaya menempatkan diri dalam peloton hadapan yang melakukan breakaway sejak pusingan kelima dan mempertahankan kedudukannya itu di celah-celah pelumba Iran, Jepun, Hong Kong, Kazakhstan, Filipina dan Vietnam.
"Ketika memasuki pusingan terakhir, saya lihat kelebihan memihak kepada Iran kerana mereka ada dua pelumba dalam kelompok hadapan itu.
"Namun, selepas pelumba Hong Kong mula membuat breakaway, saya terus mengekorinya dari belakang.
"Kemudian, pada 50 meter terakhir, semua pelumba mula melakukan henjutan dan saya juga menge- rah segala keringat yang ada pada masa itu.
"Saya juga hampir-hampir dihalang pelumba Hong Kong sebelum sampai ke garisan penamat, namun saya berjaya memintasnya, sekali gus memenangi tempat kedua," jelasnya.
No comments:
Post a Comment