Wednesday, February 29, 2012

Ahmad Said Mahu KOntraktor Kecil DiBerikan Peluang

Kerajaan Negeri mengarahkan agar semua projek pembangunan yang disalurkan melalui agensi berkaitan diberi keutamaan kepada kontraktor Bumiputera bagi memastikan golongan terbabit tidak gulung tikar.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, Kerajaan Negeri memperuntukan RM750,000 untuk setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) bagi menambah baik sistem jalan raya dan perparitan di beberapa lokasi yang sudah dikenal pasti.

Sehubungan itu, beliau mahu hampir RM8 juta projek pembangunan yang diluluskan Kerajaan Negeri untuk daerah Dungun itu diberikan kepada kontraktor tempatan, khususnya di Dungun.



“Mana-mana yang sudah siap dokumen boleh tender sekarang.

“Kita mahu kelas C dan D diberikan kepada kontraktor tempatan, kecuali tiada satu pun kontraktor di Dungun yang masuk, hanya kontraktor A dan B boleh melepasi sempadan,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerjanya sehari di Dungun kelmarin.

Sinar Harian

No comments:

Post a Comment