Senarai daftar pemilih di Parlimen Dungun telah meningkat kepada 80,000 orang berbanding kira-kira 70,000 pada pilihan raya umum yang lepas hasil kerja keras jentera Barisan Nasional (BN) bahagian itu.
Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Parlimen Dungun, Datuk Rosli Mat Hassan berkata berdasarkan perkembangan politik semasa, BN yakin akan dapat meningkatkan undi majoriti sebanyak 4,000 undi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi
Sementara itu kata beliau, sebanyak 2,000 undi majoriti di DUN Rantau Abang dan DUN Paka serta berusaha merampas kerusi DUN Sura daripada PAS dengan majoriti 1,000 undi sekali gus mencatatkan kemengan majoriti kira-kira 8,000 undi di Parlimen Dungun.
"Sokongan kepada BN semakin meningkat setelah rakyat melihat kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak lebih prihatin dalam membantu rakyat.
"Selain itu, pemimpin di peringkat negeri Terengganu juga bersatu tenaga dalam mempertahankan negeri ini," katanya yang juga Ketua UMNO Bahagian Dungun di Felda Kertih I, semalam.
Katanya dengan pelbagai program kebajikan yang dilaksanakan parti itu termasuk mendekati golongan muda dengan aktiviti-aktiviti sukan lasak, beliau yakin BN akan sekali lagi mencatat kemenangan di Parlimen Dungun pada pilihan raya umum ke-13 nanti.
Teganukita
No comments:
Post a Comment