'You scratch my back and I'll scratch yours'. Itulah adat permainan politik. ‘Jangan berumah di tepi pantai…” kata Datuk Seri Ahmad Said.
Marah betul penggendali dan skuad BO (buletinonline.net) milik PAS Terengganu apabila lamannya dikatakan ‘diciplak’.
Steadylah brother! Ini dunia siber, ‘kau mengata orang, orang boleh mengata engkau’.
Cumanya mengata itu berfakta atau fitnah semata-mata.
Dengan tajuk “Laman BO Di Ciplak, Bukti Umno/BN Terdesak” skuad BO mendakwa kelmarin menemui satu laman ciplakan www.buletinonline.net (BO) dengan menggunakan tema dan bentuk penampilan yang sama.
Laman yang beralamat www.buletinonines.net tersebut disifatkan sebagai laman fitnah yang memuatkan berita-berita dan gambar-gambar BO yang diputarbelitkan.
Sebagai contohnya poster ucapan Selamat tahun Baru Cina yang dipaparkan baru-baru ini dengan meletakkan gambar-gambar Pesuruhjaya dan Timbalan-timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu telah di tukar kepada gambar Limkit Siang, Lim Guan Eng, Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.
Gambar Mohamad Sabu telah diubahsuai pula dengan memakai topi yag tertera ‘tiga bintang’ merujuk kepada lambing parti komunis.
Teganuku pun terkejut kerana posting yang bertajuk ‘Ketua Pemuda PAS Ajar Remaja Fitnah’ turut dimuatkan di laman berkenaan.
Siapa punya angkara Teganuku tidak tahu!
Namun jika PAS melalui BO selama ini membuat fitnah dan nista terhadap pemimpin UMNO dan Barisan Nasional, BO pun kena terimalah sama ‘pembalasan atas dunia’.
Bagi Teganuku, kehadiran Buletinonlines memeriahkan lagi dunia siber di Terengganu dan setidak-tidaknya ada juga yang mahu menyerang dan menjawab apa yang dikeluarkan oleh BO.
Hendak diharapkan media proUMNO Terengganu berperang dengan BO, nampak sangat kurang kesannya.
Jomlah berperang dan menegakkan kebenaran.
BO jangan cakap yang ia sebagai laman rasmi PAS Terengganu berjaya mengenengahkan isu-isu benar dan tepat tentang rakyat Terengganu dan kerana itu ‘ lawan kita merasa terdesak dan bertindak menciplak laman tersebut’.
Kalau benar kenapa takut dengan Buletinonlines itu dan kenapa pula mengkaji tindakan yang akan dibuat bagi menghalang laman ciplak tersebut meneruskan operasi menyebarkan ‘fitnah’.
Sampai nak buat laporan polis dan aduan kepada pihak Suruhanjaya Multimedia. BO sendiri sepatutnya buat laporan polis sebab memfitnah UMNO dan BN.
Menurut skuad BO, “ salah seorang yang terlibat dalam pencplakan laman BO adalah individu yang memakai nama 'keris warisan' dalam laman sosial facebook.”
Kalau dah tahu begitu ‘lawang jangang tak lawang’.
Ini tidak belum apa-apa nak repot polis dan MCMC. Eh….yakin pula kat polis. Kan PAS selalunya memperkecilkan sumbangan Polis DiRaja Malaysia.
Bila terdesak baru nak minta tolong polis. Malulah sikit!
No comments:
Post a Comment