Wednesday, February 15, 2012

BR1M Bukan Rasuah - SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Selasa menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 adalah rasuah dari Kerajaan.

Ketua Pesuruhjayanya Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata bantuan itu adalah untuk meringankan beban rakyat terutama golongan miskin.

"Itu (BR1M) bukan rasuah," kata beliau semasa sesi soal jawab mengenai 'Memperkukuh Integriti dan Menghapus Penipuan Perolehan' pada Forum Perolehan Kebangsaan untuk Sektor Awam dan Swasta 2012 di Putrajaya.

Beliau berkata terpulang pada rakyat untuk memutuskan sama ada mereka puashati dengan usaha kerajaan itu dan bukan menerusi dakwaan parti-parti politik dan badan-badan bukan kerajaan. "Jika mereka (rakyat) tidak menyukainya, beritahu (kerajaan)...biarkan orang ramai membuat keputusan," kata beliau.

Abu Kassim berkata negara-negara Barat juga ada melaksanakan skim seumpama itu.

No comments:

Post a Comment