Dua orang sahabat semalam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuantan atas tuduhan menerima rasuah RM5,000 daripada seorang kontraktor tiga tahun lepas.
Ramli Abdullah, 48, dan Alias Hamzah, 35, yang juga bekerja sebagai kontraktor dituduh menerima suapan itu daripada Ahmad Mizani menerusi sekeping cek di atas nama Ramli Abdullah di Bilik 128, Impiana Hotels and Resorts, Cherating dekat Kuantan pada 9.45 malam, 30 Mei 2009.
Suapan itu kononnya sebagai dorongan kepada Anggota Dewan Undangan Negeri Kemasek, Terengganu, Rosli Othman supaya tidak membatalkan kontrak perkhidmatan yang diterima Syarikat Cekap Sekitar Sdn Bhd daripada Majlis Perbandaran Kemaman, Terengganu.
Hakim Fathiyah Idris membenarkan kedua-dua tertuduh masing-masing diikat jamin RM3,000 dan menetapkan 15 Mac ini untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Syafinas Shabudin.
No comments:
Post a Comment