Tiga tahun menyepi daripada dunia hiburan benar-benar menguji ketabahan juara program realiti Akademi Fantasia musim keempat (AF4), Faizal sehinggakan ada pihak menganggap penyanyi dan pelakon kelahiran Marang, Terengganu itu sudah bersara.
Semalam, Faizal yang pernah berlakon dalam dua filem serta popular menerusi lagu Lihatlah tampil untuk memberi penjelasan mengenai kehidupan yang dilaluinya selama tiga tahun lalu.
Jelas Faizal atau nama penuhnya, Mohammad Faizal Ramly, 28, kehilangannya dalam dunia hiburan bukanlah disebabkan dia sudah bersara atau mahu mengelak daripada gosip yang menimpanya.
"Saya masih seperti dahulu dan masih seorang artis.
Lagipun, tiada sebab untuk saya bersara daripada dunia hiburan kerana ia adalah periuk nasi saya," jelasnya kepada Kosmo! dalam pertemuan di Hotel Sumai di Kuala Terengganu semalam.
No comments:
Post a Comment