Saturday, February 4, 2012

Kehadiran 10,000 Penduduk Tanda Terima Kasih

Lebih 10,000 penduduk menyambut kehadiran Perdana Menteri ke Marang, Terengganu. - Gambar oleh Zulkipli Putra.

Kehadiran lebih 10,000 penduduk setempat menyambut kedatangan Perdana Menteri, Datuk Sri Mohd Najib Abdul Razak bersama Isteri Datin Paduka Seri Rosmah Mansor pada Program Lawatan Perdana Menteri Bersama Rakyat di Padang Astaka Majlis Daerah Marang (MDM) hari ini, menandakan rakyat boleh menerima angin perubahan yang dilaksanakan pemimpin Barisan Nasional (BN).

Rata-rata mereka mula sedar apa yang dilaksanakan kerajaan selama ini seperti bantuan kepada rakyat, subsidi pelbagai barangan keperluan dan makanan serta bantuan tabung pendidikan adalah untuk kebaikan bersama walaupun berlainan parti.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Bukit Payong, berkata Datuk Dr Abdul Latif Awang (gambar kiri), kedatangan mereka adalah sebagai tanda terima kasih dengan apa yang diperoleh daripada kerajaan.

“Saya juga terharu kerana tidak menduga program yang dilaksana ini mendapat sambutan begitu menggalakkan walaupun berada di kawasan kubu kuat Pas.

“Kedatangan mereka mampu menguatkan lagi semangat dan iltizam barisnan kepimpinan BN untuk terus berbakti kepada rakyat terutama berkaitan kebajikan dan pendidikan,” katanya

Pengarah Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT), Roshali Taha (gambar kanan), berkata kehadiran begitu ramai penduduk Marang yang sudi menyambut pemimpin utama BN bagaikan sudah memberi isyarat, bahawa DUN Rhu Rendang bakal menjadi milik BN.

Katanya, rata-rata mereka sudah menerima apa yang dilaksanakan kerajaan, termasuk yang terbaru iaitu Bantuan Rakyat 1 Malaysia kepada isirumah berpendapatan RM3,000 ke bawah.

“Mereka mula sedar apa yang dilaksanakan kerajaan bukan hanya cakap atau tabur janji semata-mata malah bertindak dengan apa yang sudah dijanjikan itu walaupun lambat,” katanya.

Rata-rata penduduk tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib dan Datin Paduka Seri Rosmah sebaik beliau tiba di lokasi program dengan menaiki bas khas milik Majlis Perbandaran Kemaman.

Turut bersama-sama menaiki bas, Menteri Besar, Datuk Seri Haji Ahmad Said bersama isteri To' Puan Seri Norliza MahmudMenteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek;; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Tengku Putera Tengku Awang; semua barisan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan wakil-wakil rakyat BN.

Sebelum itu, kira-kira 1,000 ahli Kelab Bermotosikal Pemuda Umno bahagian Marang berkonvoi mengiringi bas yang dinaiki barisan pimpinan BN itu sambil melaungkan perkataan `Biru Nelang’.

Seorang peserta, Muhammad Faris Sulaiman 21, berkata dia teruja kerana dapat bersama-sama rakan lain menyertai konvoi bagi menyambut kedatangan Perdana Menteri di kawasan Parlimen Marang.

Katanya, melihat sambutan yang menggalakkan ini, dia dapat merasai penduduk terutama golongan belia di Rhu Rendang ingin perubahan.

“Semua pihak menyedari, selama dibawah takluk pimpinan Pas, tiada sebarang perubahan yang dilaksanakan melainkan hanya pandai menabur janji,” katanya ketika ditemui Teganukita selepas Program Lawatan Perdana Menteri Bersama Rakyat di Padang Astaka Majlis Daerah Marang (MDM) hari ini.

Nor Ainsha Ajid, 25 dari Paka, Dungun berkata, dia datang dari jauh semata-mata mahu melihat Perdana Menteri secara dekat di mana sebelum ini tidak pernah berpeluang berbuat demikian melainkan menatap wajahnya di kaca teleyisven.

Katanya, pada pandangannya, Dato’ Sri Mohd Najib cukup peramah, mudah mesra dan semestinya mempunyai ciri pemimpin berkaliber.

“Terima kasih di atas segala budi yang ditaburkan walaupun terdapat sesetengah pihak sering memburuk-burukkan apa yang dilaksanakan itu,” katanya.

Teganukita

No comments:

Post a Comment