Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan lawatan kerja sehari ke Terengganu esok.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, berkata pada lawatan itu, Perdana Menteri yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor, dijadual menyampaikan bantuan kebajikan masyarakat, bantuan 1Malaysia dan bantuan bot kepada nelayan di Rhu Rendang, Marang.
Pada tengah hari, Najib akan menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang, di Kuala Terengganu dan menghadiri jamuan rakyat di situ selain menyampaikan bantuan kepada nelayan di Batu Buruk, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Kuala Terengganu, semalam.
Pada sebelah petang, katanya Perdana Menteri akan menyertai aktiviti berbasikal dari Hotel Primula ke pasar minggu di Syahbandar sebelum menghadiri majlis perjumpaan tertutup dengan anggota Barisan Nasional (BN) semua peringkat.
Perdana Menteri dan isteri dijadual pulang ke ibu negara selepas majlis perjumpaan itu.
No comments:
Post a Comment