Friday, February 10, 2012

PAS Nak Buat Apa Dengan Ahmad Said?

Datuk Seri Ahmad Said pernah kata PAS Parti Ajaran Sesat ketika kempen pilihan raya di Dewan Undangan Negeri Johor (DUN) Tenang pada 23 Januari 2011.

Dua hari sebelum itu pada 21 Januari 2011 Ahmad Said juga mengatakan PAS Parti Ajaran Sesat pada Majlis Mesra Veteran UMNO Bahagian Besut Bersama Pemimpin 2011, di Dewan Majlis Daerah Besut.

Bukan dua tempat itu sahaja, banyak kali sudah tapi kenapa hari ini baru PAS marah kepada Ahmad Said kerana mengatakan PAS Parti Ajaran Sesat?

Hari ini Pas memberi tempoh tiga hari kepada Menteri Besar Terengganu itu supaya menarik balik kenyataannya bahawa parti itu merupakan "parti ajaran sesat".

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat Datuk Abu Bakar Chik berkata, jika dalam tempoh berkenaan Ahmad tidak menarik balik kenyataan yang dilaporkan oleh sebuah akhbar arus perdana itu, maka tindakan akan diambil terhadap beliau.

Tindakan apa? Saman? Sembahyang Hajat?

"Tuduhan itu sangat berat," katanya kepada pemberita di Kuala Terengganu hari ini pada majlis Mesra Media bersama Pesuruhjaya dan Pemimpin Pas negeri Terengganu yang turut dihadiri Pesuruhjaya Pas Terengganu Abdul Wahid Endut.

Ahmad Said, ketika berucap pada majlis menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia di Kijal pada Rabu lepas, dilaporkan berkata, perjuangan Pas kini tersasar jauh daripada perjuangan Islam sebenar dan menyifatkan Pas sebagai "parti ajaran sesat".

Abu Bakar berkata Pas belum menetapkan bentuk tindakan yang akan diambil terhadap Ahamd sekiranya Menteri Besar itu gagal menarik balik kenyataan berkenaan.

Hairan juga dah begitu lama Ahmad Said labelkan PAS sedemikian, hari ini baru nak 'melompat'. Apa hal ni? Tidak ada isu nak ganggu atau 'ganyang' Ahmad Said?

Kita tunggu sama ada Ahmad Said nak minta maaf atau tidak.

Lihat gaya Ahmad Said, beliau tidak akan meminta maaf kerana ada sebab beliau menyatakan PAS sedemikian.

Nak tahu, baca www.teganukita.blogspot.com, portal rasmi Unit Komunikasi Negeri!

No comments:

Post a Comment