Saturday, February 18, 2012

PEMBOHONGAN PAS KE 5 : SSMZA Runtuh - UMNO, BN Lemah Tadbir Urus


Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) Terengganu dipersalahkan kerana kejadian bumbung yang runtuh dan kecurian peralatan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA).

Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dr Alias Razak menyifatkan ‘tragedi’ SSMZA menunjukkan kelemahan tadbir urus dan ketidakupayaan kerajaan Umno dan barisan Nasional (BN)

“Setelah dua tahun (bumbung) stadium runtuh dibiar (dan) tidak dibaiki, wlaupun ada jaga satu dua orang, stadiu itu besar dan jauh (terpencil) maka ia terdedah kepada mereka yang tidak bertanggungjawab untuk mencuri peralatan,

Ini semua (merupakan) satu kelemahan dan ketidakupayaan tadbir urus kerajaan Umno (dan) Barisan Nasional terhadap harta rakyat,”jelasnya yang juga merupakan DUN Bukit Tunggal.

Beliau menyatakannya selepas memperbaharui laporan ‘tragedi’ SSMZA di pejabat SPRM Kuala Terengganu pada kelmarin (Khamis, 16 Februari 2012).

Menurutnya, dalam taklimat JKR kepada Jawatankuasa Kira-kira dan Kewangan Negara (PAC) punca-punca keruntuhan termasuk rekabentuk yang tidak memadai bagi menyokong struktur bumbung, salah jajaran geometri dan kawalan kualiti tidak dilaksanakan di tapak pembinaan.

Apakah tuduhan Dr Alias ini benar?

Ikuti jawapan seorang pegawai JKR mengenai tuduhan ini:

1. Tuduhan Dr. Alias adalah satu pembohongan kerana penerimaan sesuatu projek dibuat oleh sesebuah jabatan yang bertanggung jawab dalam pelaksanaannya. Apabila projek itu siap, tidak perlu dibawa kepada kerajaan negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau Persidangan Dewan Undangan Negeri untuk menerima serahan sesuatu projek;

2. Dalam isu SSMZA, serahan projek dibuat olek kontraktor-kontraktor projek kepada Jabatan Kerja Raya semasa projek berkenaan disiapkan. JKR menerima serahan projek ini bagi pihak Kerajaan Negeri;

3. Kejadian keruntuhan SSMZA bukan kerana UMNO atau BN tetapi akibat kecuaian pihak AKITEK PERUNDING semasa menyediakan rekabentuk stadium ini;

4. Tindakan harus diambil oleh pihak kerajaan terhadap akitek yang cuai ini dan bukanya kepada pegawai dan kakitangan JKR yang telah menyelia pembinaan stadium ini hingga siap dan dapat digunakan sebagai venue untuk Sukan Malaysia (SUKMA) yang telah mengharumkan nama Terengganu sebagai kuasa baru sukan Negara; dan

5. Dalam isu ini kerajaan yang memerintah hanyalah meluluskan belanjawan sahaja. Keseluruhan perjalanan projek SSMZA adalah diuruskan pegawai kerajaan dan bukanlah oleh orang politik . Oleh itu adalah tidak bermoral sama sekali pihak PAS menyalahkan UMNO dalam keruntuhan bumbung stadium ini.

Jelas dan nyata jawapan berkenaan dan amat jelas keruntuhan bumbung stadium ini tidak ada kaitan sama sekali dengan mana-mana parti politik, UMNO mahupun BN.

Menurut pegawai JKR, ketika Terengganu dibawah kerajaan PAS pada tahun 1999-2004 yang lalu, pihaknya juga yang berkhidmat menjaga projek-projek pembangunan. Apabila negeri ini diambilalih semula oleh BH, pihaknya juga yang jaga projek-projek pembangunan.

Kebetulan bumbung stadium yang runtuh didirikan semasa pemerintahan Barisan Nasional,” katanya.

ADUN Batu Burok Dr Syed Azman Syed Ahmad yang menyifatkan ‘tragedi’ SSMZA yang bernilai RM292 juta adalah skandal yang lebih besar daripada ‘skandal lembu negara (National Feedlot Corporation - NFC) yang melibatkan pinjaman RM250 juta juga berlebih-lebihan dalam kenyataannya.

Apakah kenyataan Dr. Alias ini akan berdepan sama Kerajaan Negeri berikutan ia bersifat fitnah, tidak berasas serta tidak bertanggungjawab?

No comments:

Post a Comment