Kewujudan pasar tani Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) banyak membantu penduduk di negeri ini meraih pendapatan yang bukan saja memuaskan tapi juga konsisten setiap bulan.
Pengarah Fama Terengganu Hassan Jusoh berkata secara purata, peniaga pasar tani mampu menerima pendapatan bersih antara RM1,500 hingga RM2,500 sebulan.
Jumlah itu sudah cukup untuk menyara kehidupan di negeri ini, katanya kepada Bernama di Kuala Terengganu, kelmarin.
Katanya sehingga kini, Fama Terengganu telah mewujudkan 18 pasar tani di seluruh negeri dengan kira-kira 1,000 peserta yang menjana jualan bernilai RM25 juta setahun.
Peniaga terbabit lazimnya mendapat bekalan daripada pengusaha ladang kontrak Fama, sekali gus memberi nilai lebih kepada modal yang dikeluarkan, katanya.
Selain itu kata Hassan, Fama Terengganu juga berjaya melahirkan lebih 1,500 usahawan tani dalam pelbagai bidang setakat ini.
No comments:
Post a Comment