Saturday, February 25, 2012

PM Dijangka Umum Keputusan SBPA 12 Mac Depan

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menyerahkan borang kepada seorang daripada penerima pangsapuri pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran Pangsapuri Rakyat, Sungai Putat, Batu Berendam, Melaka hari ini. Seramai 336 diberi surat tawaran untuk membeli unit kediaman berkenaan pada harga RM35,000. Turut hadir, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam (kiri).

Datuk SerPerdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka mengumumkan keputusan kerajaan berhubung isu skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) pada perhimpunan yang dianjurkan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) pada 12 Mac depan.

"Tunggulah masa, kalau saya umum hari ini tak jadi (tidak seronok), tak ada surprise (kejutan).

"Mungkin tunggulah bila kita ada majlis, CUEPACS setuju untuk mengatur satu perhimpunan besar-besaran di mana dalam perhimpunan itu nanti saya akan menyampaikan keputusan kerajaan," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra di bandar Melaka semalam.

Sementara itu, Najib berkata mesyuarat yang diadakan dengan CUEPACS semalam berlangsung dalam suasana baik dan mereka (CUEPACS) bersikap positif dalam isu penyelesaian SBPA.

Pada Khamis, Najib mengadakan pertemuan dengan Cuepacs selama 45 minit dengan sembilan pemimpin tertinggi CUEPACS yang turut disertai Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan di Pejabat Perdana Menteri.

Presiden CUEPACS Datuk Omar Osman pada pertemuan itu dilaporkan berkata pihaknya akan mengadakan perhimpunan besar-besaran yang mengumpul 15,000 penjawat awam di Bukit Jalil pada 12 Mac depan yang dijangka dihadiri Perdana Menteri.

No comments:

Post a Comment