Polis Terengganu sedang mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan kes culik seorang ahli perniagaan bulan lepas, yang dikurung dan dibelasah selama lapan hari di sebuah rumah di Kelantan.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah negeri ACP K. Manoharan berkata seorang daripada mereka, Syukri Mohamad Abiah, 30, dari Felda Bukit Goh, Kuantan, Pahang, turut dikehendaki polis berhubung satu kes bunuh di Kemaman, dan samun di Kuantan.
Seorang lagi suspek ialah Mohd Haikal Rasdi, 27, dari Pasir Puteh, Kelantan, katanya pada sidang media, di Kuala Terengganu, kelmarin.
"Kita berharap orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedua-dua lelaki ini agar menghubungi balai polis berdekatan," katanya.
Mengulas kes culik itu, Manoharan berkata ahli perniagaan berusia 38 tahun tersebut dilarikan sekumpulan lelaki pada 14 Jan lepas.
No comments:
Post a Comment