Wednesday, February 1, 2012

Polis terima 14 laporan kecurian di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin

Polis Terengganu menerima 14 laporan berhubung kes kecurian di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin sejak bumbung stadium itu runtuh pada tahun 2008 sehingga 11 Januari lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan, berkata setakat ini polis menahan tujuh lelaki yang dipercayai terbabit dengan kes mencuri kabel, pecah stor, memiliki barang curi dan menceroboh kawasan stadium itu.

"Mereka yang ditahan berumur antara 20 hingga 40 tahun dan kesemua mereka telah dituduh di mahkamah," katanya ketika ditemui hari ini.

Manoharan berkata, pihaknya masih mengesan beberapa individu lain yang dipercayai terbabit dalam kes pencerobohan dan kecurian di stadium terbabit.

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang berharga RM292 juta itu mula dibina pada Mei 2006 dan siap pada 2008 bagi digunakan sebagai lokasi Sukan Malaysia.

Bagaimanapun, sebahagian sruktur utama bumbung stadium itu runtuh setahun selepas dibuka.

No comments:

Post a Comment