Wednesday, February 22, 2012

Sultan Selangor pengerusikan Mesyuarat ke-228 Majlis Raja-Raja

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V (tiga dari kiri) meneliti dokumen sewaktu berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-228 di Istana Negara di Kuala Lumpur, hari ini. Turut berangkat Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir (paling kiri).

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, mempengerusikan Mesyuarat ke-228 Majlis Raja-Raja di Istana Negara di sini, hari ini.

Mesyuarat hari pertama itu dihadiri semua Raja Melayu kecuali Kedah diwakili Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Datuk Seri Utama Tunku Annuar Sultan Badlishah dan Pahang oleh Tengku Mahkota, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Raja-raja Melayu diiringi Menteri Besar masing-masing manakala Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Sabah dan Melaka diiringi Ketua Menteri masing-masing kecuali Sarawak yang diiringi Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu.

Turut serta ialah Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Mesyuarat itu, antara lain membincangkan perkara berkaitan agama, pertahanan, keselamatan, pelantikan, ekonomi serta perkembangan industri.

Majlis santapan malam sempena Mesyuarat ke-228 Majlis Raja-Raja akan diadakan di Istana Negara malam ini.

No comments:

Post a Comment