Wednesday, February 22, 2012

Terengganu Berlatih Di Thailand Hadapi Sukma

Pasukan sepak takraw negeri Terengganu sedang menjalani latihan di Bangkok sebagai persiapan menghadapi Sukma yang akan berlangsung di Kuantan pada Jun ini.

Pengerusi Persatuan Sepak Takraw Negeri Terengganu (PSTNT) Mohd Shapian Ali berkata latihan bagi 18 pemain dalam skuad itu yang bermula 14 Feb lepas akan berakhir Ahad ini.

"Kita perlu banyak belajar dari Thailand kerana mereka mempunyai ramai pemain bertaraf dunia," katanya.

Mohd Shapian berkata temasya kali ini, Terengganu mensasarkan dua pingat emas iaitu dalam acara berpasukan dan beregu.

Pasukan itu memenangi emas berpasukan pada temasya lalu.

Beliau berkata tujuan PSTNT menghantar pemain-pemain berlatih di Bangkok ialah untuk memberi pendedahan serta mempelajari teknik permainan khususnya servis/

No comments:

Post a Comment