Thursday, February 23, 2012

UMT Perlu RM100 Juta Bangunkan Kampus Di Bukit Kor

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) memerlukan dana RM100 juta untuk membangunkan kampus cawangan UMT di Bukit Kor, Marang.

Naib Canselor UMT Prof Datuk Dr Aziz Deraman berkata kerajaan negeri Terengganu meluluskan kawasan seluas 240 hektar kepada UMT untuk membina kampus cawangan di situ.

Beliau berkata kampus di Bukit Kor itu khusus untuk kajian berbentuk pertanian dan sekaligus dijangka akan menarik perhatian industri untuk menjalankan penyelidikan di situ.

Aziz berkata UMT akan menyesuaikan bentuk kurikulum supaya pelajar-pelajar agroteknologi dapat menjalani latihan praktikal, memulakan projek dan sebagainya yang ada kaitan langsung dengan industri.

Beliau berkata oleh kerana pelajar-pelajar UMT sekarang ini tinggal di asrama UMT Gong Badak, besar kemungkinan asrama pelajar akan dibina di kampus Bukit Kor untuk kemudahan pelajar-pelajar.

No comments:

Post a Comment