Keputusan memperluaskan kategori pemilih yang boleh mengundi awal secara pos termasuk golongan wartawan dalam pilihan raya akan datang ditentukan pada 15 Feb ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Penambahbaikan Pilihan Raya (PSC) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, proses pengundian secara pos dapat membantu wartawan menjalankan tanggungjawab sebagai pemilih dengan lebih mudah.
"PSC dalam mesyuaratnya minggu lalu sememangnya menimbang cadangan meluaskan kategori mereka yang akan dibenarkan mengundi awal secara pos ini," katanya pada sidang media selepas melancarkan Logo dan Lagu Tahun Sains & Gerakan Inovasi Nasional 2012 (SGI2012) di Kuala Lumpur, semalam.
Ongkili berkata, selain wartawan turut dicadangan untuk dibenarkan mengundi awal secara pos ialah jururawat dan doktor yang akan ditugaskan pada pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.
"Pihak PSC telah berbincang dengan Kementerian Kesihatan dan dimaklumkan bahawa daripada 100,000 jururawat dan 8,000 doktor yang bertugas hanya empat peratus sahaja yang terlibat dalam tugas setiap hari.
"Ini tidak menjadi isu kerana mereka (jururawat dan doktor) boleh mengundi, secara bergilir-gilir," katanya.
No comments:
Post a Comment