Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) menganjurkan majlis taklimat Peluang Perniagaan dan Pembiayaan Francais sempena program Francais Komuniti 2012 Peringkat Negeri Terengganu bertempat di Geleri A, Pusat Dagangan Terengganu Sabtu ini (Lusa).
Pengurus jaringan Korporat YPU, Encik Zulkifli Yunus berkata, untuk menjayakan program ini YPU bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK).
Katanya, program taklimat bermula 9 pagi itu mempelawa semua usahawan dan bakal usahawan di negeri ini menyertai taklimat yang akan mengupas mengenai peluang perniagaan dan pembiayaan francais dan penyertaan adalah percuma.
Sehubungan itu, pelbagai agensi turut mengadakan pameran bagi membantu para usahawan mendapatkan maklumat terperinci mengenai kemudahan yang disediakan oleh kerajaan.
No comments:
Post a Comment