Tuesday, March 6, 2012

LTdL 2012 Prestasi Pelumba Negara Di Peringkat Pertengahan

Harrif  (kiri) bersaing dengan Guardini pada perlumbaan peringkat kelapan dari Pekan ke Chukai, Terengganu, Jumaat lalu.
 
Kejohanan lumba basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2012 yang melabuhkan tirainya kelmarin sekali lagi menjadi platform terbaik untuk menilai sejauh mana tahap kemampuan pelumba-pelumba lebuh raya negara apabila bersaing dengan jaguh- jaguh antarabangsa.

Di sebalik kejayaan dari segi imej dan reputasi penganjuran LTdL yang kini di bawah kendalian Kementerian Belia dan Sukan (KBS), prestasi barisan pelumba negara pada kejohanan berstatus 2.0 Hors itu boleh dianggap berada dalam kelas pertengahan.



Namun, masih ada persaingan yang ditunjukkan oleh pelumba-pelumba negara meskipun turun dalam pasukan yang berbeza.

Situasi itu sedikit sebanyak menunjukkan ada peningkatan positif walaupun masih belum mencukupi.

Tatkala Jose Serpa yang mewakili pasukan Androni Giocattoli sekali lagi muncul juara buat kali kedua pada edisi ke-17 tahun ini, Malaysia pula boleh berbangga dengan kejayaan anak jati Terengganu, Mohd. Harrif Salleh.

Tampil selaku pelumba pasukan Terengganu Pro Asia (TSG), Harrif muncul naib juara peringkat ketujuh dari Pekan ke Chukai di belakang pelumba Farnese Vini-Sella Italia, Andrea Guardini yang mencatat sejarah dengan memenangi enam peringkat dalam satu edisi LTdL.

Harrif, 24, turut menduduki tempat ketiga pada peringkat keempat dari Batu Pahat ke Muar.

Seorang lagi pelumba negara, Anuar Manan yang berkayuh untuk pasukan Champion System, turut menduduki tempat yang sama pada saingan ketiga dari Melaka ke Parit Sulong.

“Secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan pencapaian pada LTdL kali ini walaupun ada rasa terkilan kerana gagal menghadiahkan kejayaan di hadapan pemi- nat negeri sendiri.

“Bukan senang untuk mengalahkan Guardini, dia memang pelumba pecut yang bagus. Dia mendapat bantuan daripada rakan sepasukannya dengan baik.

“Pelumba Malaysia yang lain juga ada membantu saya, malah abang saya, Zamri juga banyak membantu dengan menarik (membawa) saya ke depan.

“Tetapi nasib mungkin tidak memihakkepada kita kali ini walaupun saya telah cuba bersungguh-sungguh untuk menewaskan Guardini,” jelas Harrif.

 Nasib Anuar pula lebih malang pada LTdL kali ini apabila tayar basikal pelumba kelahiran Kuala Ibai itu pancit pada peringkat keempat (Batu Pahat-Parit Sulong) dan dia terpaksa meneruskan perlumbaan dalam kesakitan selepas terjatuh semasa saingan dari Kemasik ke Kuala Terengganu (pering- kat kesembilan).

Anuar yang mencatat sejarah sebagai pelumba Malaysia pertama memenangi satu peringkat perlumbaan ketika edisi 2010, gagal mengulangi pencapaian yang sama, namun menjelaskan, dia berpuas hati kerana dapat memperbaiki pencapaian pada tahun 2011.

“Saya rasa kecewa kerana banyak perkara malang menimpa saya tahun ini, tayar basikal pancit dan kemudian cedera pula akibat terjatuh.

“Namun, saya tidak melihat ia sebagai penghalang malah ia akan dijadikan sebagai permulaan untuk saya melangkah ke depan dalam karier saya. “Saya menetapkan sasaran untuk mewakili pasukan Divisyen Satu tahun depan, jadi saya kena berusaha untuk menghasil- kan kejayaan.

“Pasukan-pasukan tersebut hanya akan melihat kepada kejayaan yang kita cipta, oleh itu saya harap dapat melakar banyak kejayaan bersama Champion System meski- pun baru menyertai pasukan Divisyen Dua itu bersama Adiq Hussainie (Othman),” katanya.

Kehadiran Serpa yang juga juara edisi 2009 dan lima lagi bekas juara LTdL sudah pasti menyukarkan lagi misi pelumba-pelumba tempatan meskipun semangat juang yang dipamerkan mereka juga berhak diberi pujian.

Selain Serpa yang berjaya menyambar Jersi Kuning dan Jersi Merah (Raja Bukit), edisi kali ini turut menampilkan penyandang juara, Yonnatta Monsalve yang mewakili pasukan Androni Giocattoli.

Serpa, 33, pula muncul pelumba kedua memenangi gelaran juara keseluruhan LT- dL sebanyak dua kali selepas Paolo Lanfran- chi (1999, 2001), manakala Jersi Putih selaku pelumba terbaik Asia menjadi milik pelum- ba Astana, Alexandre Dyachenko.

Kosmo

No comments:

Post a Comment