Saturday, March 3, 2012

Guardini Juara Empat Peringkat Menyamai Rekod Graeme Brown

 Ahmad Shabery (tengah) berkongsi kejayaan dengan Harrif yang muncul naib juara pada perlumbaan peringkat kelapan dari Pekan ke Chukai, Terengganu semalam.

Pelumba Terengganu Pro Asia (TSG) Mohd. Harrif Salleh hanya tewas tipis kepada juara peringkat kelapan untuk menduduki tempat kedua pada saingan dari Pekan ke Chukai, semalam.

Andrea Guardini daripada pasukan Farnese Vini-Selle Italia yang mencatatkan masa 2 jam 13 minit dan 27 saat memenangi perlumbaan itu.

Kayuhan pakar  pecut itu berjaya membuatnya memperoleh empat kemenangan peringkat dalam perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2012.


Berakhir dalam satu lagi kelompok ramai dalam saingan semalam, Guardini menunjukkan kemahiran menarik dalam jarak 300 meter terakhir untuk dahulu melepasi garis penamat.

Pelumba bintang muda dari Itali ini mengambil masa dua jam, 13 minit dan 27 saat menamatkan perlumbaan peringkat hari ini sejauh 100.8km dari Pekan ke Chukai.

"Menang empat kali daripada empat pecutan, saya gembira dengan keputusan ini. Esok saya akan cuba memperoleh satu lagi kemenangan. Bagaimanapun saingan paling sengit ialah daripada pasukan United Healthcare, " kata penunggang berusia 22 tahun itu.

Dengan kemenangan peringkat kali keempat hari ini, Guardini telah dapat menyamakan rekod sembilan peringkat semuanya dalam perlumbaan LTdL dipegang oleh Graeme Brown daripada Ceramiche Panaria-Navigare sebelum ini juga dengan sembilan peringkat dalam LTdL.

Harrif, 24, hampir berjaya melaksanakan misinya itu pada Terengganu sejauh 100.8 kilometer semalam tetapi kecewa tidak mampu mencabar henjutan Guardini.
"Perasaan kecewa itu memang ada kerana sasaran saya mahu memenangi perlumbaan ini di depan peminat negeri sendiri, namun tewas tipis kepada Guardini.

"Guardini sangat pantas dan walaupun saya telah memecut pada 200 meter terakhir dengan mengerah segala keringat yang ada, namun dia terlebih dahulu melintasi garisan penamat.

Begitupun beliau bersyukur dan puas hati dengan pencapaian ini.  Beliau berterima kasih kepada rakan sepasukan TSG terutamanya abangnya  Zamri (Salleh) dan juga pelumba Malaysia yang lain.

"Saya mahu buktikan pelumba Malaysia juga mampu memenangi perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) dan mengalahkan pelumba-pelumba luar negara yang sering mendominasi saingan ini."

Demikian tekad pelumba negara,  yang berhajat untuk memenangi baki dua lagi peringkat perlumbaan LTdL 2012 hari ini dan esok.

 "Namun saya akan tetap teruskan misi saya untuk memenangi satu peringkat perlumbaan LTdL 2012 kali ini bagi membuktikan bahawa pelumba Malaysia juga mampu mengalahkan pelumba dari luar negara," kata Harrif semalam.

Ini merupakan kali kedua Harrif menaiki podium selepas dia menduduki tempat ketiga pada peringkat keempat dari Batu Pahat ke Muar, Isnin lepas dan kejayaannya itu turut dikongsi oleh ibunya, Esah Abdullah dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Pada peringkat kesembilan dari Kemasik ke Kuala Terengganu semalam, Harrif menjelaskan, dia akan meneruskan pemburuannya itu dengan menggunakan strategi yang dipraktikkan pada perlumbaan semalam.

"Strategi saya pada perlumbaan tadi ialah hanya mengekori belakang Guardini kerana saya tahu ramai pelumba lain turut mempunyai strategi yang sama dan saling berhimpit sesama sendiri untuk berada di kedudukan terbaik. "Jadi saya akan guna strategi yang sama pada perlumbaan esok (hari ini) kerana saya tahu saya boleh memenangi perlumbaan sekiranya dapat mengekori belakang Guardini.

"Semuanya terpulang kepada peranan rakan sepasukan saya dan jika mereka dapat membawa saya seperti tadi, saya yakin saya mampu memenangi baki dua peringkat perlumbaan LTdL kali ini," ujarnya lagi.

No comments:

Post a Comment