Wednesday, March 14, 2012

Ibu Tunggal Kena Penjara Simpan Kereta Curi


Seorang ibu tunggal dijatuhi hukuman penjara 11 bulan di Mahkamah Majistret di Kuala Terengganu semalam atas kesalahan menyimpan sebuah kereta curi dalam kejadian Disember tahun lalu.

Tertuduh Rohayu Hamzah, 33, yang merupakan ibu kepada enam orang anak membuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.


Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa menyimpan sebuah kereta jenis Proton Waja milik Azman Kasim, 53, bernombor pendaftaran DAU 9657 kira-kira pukul 8.50 pagi hingga 9.50 pagi di jalan utama Kampung Pengkalan Kubur, Kampung Raja, Besut pada 25 Disember tahun lalu.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu dengan mengetahui bahawa kereta tersebut merupakan harta curi dan dengan itu tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

Kosmo

No comments:

Post a Comment