Wednesday, March 7, 2012

Jabatan Kesihatan Pandan Serius Kes Denggi

Jabatan Kesihatan negeri memandang serius peningkatan kes denggi di negeri ini walaupun tiada kes kematian dilaporkan.

Peningkatan kes berlaku di empat daerah iaitu Setiu yang bertambah lima kes diikuti Hulu Terengganu (lima kes), Kemaman (tiga kes) dan Dungun (tiga kes).


Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Anwa Sulaiman memberitahu, ketika ini sembilan lokaliti berlaku wabak itu hanya dikesan di daerah ini dengan tiga daripadanya masih aktif iaitu enam kes di Jalan Sekolah Kebangsaan Cendering dan Kampung Raja Cendering serta Taman Tok Jembal masing-masing dua kes.

''Secara keseluruhannya kes denggi di seluruh negeri mencatatkan penurunan sebanyak 17 kes (8.1 peratus) iaitu 193 kes dari Januari hingga 4 Mac lalu berbanding 210 kes dalam tempoh yang sama tahun lalu,'' katanya dalam satu kenyataan di Kuala Terengganu, semalam.

No comments:

Post a Comment