Duo Tempatan... Ashaari Samsudin (tengah) dan Abdul Manaf (kiri) mampu merobek gawang Song Lam Nghe An pada aksi pembuka tirai Piala AFC di Stadium Vinh, Vietnam malam ini.
Keyakinan memuncak kini dirasai para pemain Terengganu yang akan membuat penampilan sulung pada kempen Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) malam ini.
Tampil selaku juara Piala FA, skuad kendalian Mat Zan Mat Aris itu dijadualkan menentang kelab dari Vietnam, Song Lam Nghe An pada aksi pembuka tirai Kumpulan F di Stadium Vinh.
Hakikatnya ada dalam duka, itu reaksi jurulatih Terengganu, Mat Zan Mat Aris apabila melihat aksi goyah pemainnya ketika bertemu Kuala Lumpur di Stadium Hang Jebat, malam kelmarin yang berkesudahan skuad dari Pantai Timur itu menang tipis 1-0 hasil jaringan Francis Forkey Doe.
Menurutnya, jika corak itu dijadikan ukuran, Terengganu bakal melalui laluan berliku untuk mencatat kemenangan pertama apabila bertandang ke Vietnam bertemu kelab Song Lam Nghe An, esok, dalam saingan Piala AFC.
“Saya gembira kerana kita dapat mengutip tiga mata penuh malam di laman lawan tapi melihat aksi goyah pemain, saya cukup risau dan kurang senang dengan perkembangan ini apatah lagi bakal bertemu kelab dari Vietnam itu.
“Sepatutnya rehat panjang sebelum ini perlu digunakan sebaik mungkin pemain untuk mempamerkan aksi bertenaga dan corak permainan berkesan, namun pemain gagal memikul tanggungjawab dengan baik.
“Pemain terutama jentera serangan gagal menyudahkan beberapa peluang keemasan, begitu juga barisan tengah yang kurang berfungsi dengan baik dan kealpaan pemain pertahanan jelas kelihatan,” katanya.
Selain itu, beliau juga hairan pemainnya gagal bermain dengan baik dan tidak konsisten selain mudah hilang bola serta terlalu membuka ruang kepada lawan berlegar dalam kawasan sendiri.
Bagaimanapun, Mat Zan yang pernah melakar kejayaan membawa Terengganu muncul juara Piala Malaysia pada 2001 tetap optimis anak buahnya mampu bangkit mempamerkan aksi bertenaga apabila bertemu Song Lam Nghe An.
“Saya mempunyai pemain simpanan yang boleh diharapkan selain yakin kemampuan pemain yang disenaraikan mampu beraksi dengan cemerlang dalam perlawanan itu nanti,” katanya.
Bagaimanapun, ramalan awal ketika ini jelas memihak kepada Song Lam berdasarkan reputasi tuan rumah itu selaku juara Liga Vietnam (V-League), selain akan beraksi di hadapan penyokong sendiri.
Justeru, Mat Zan lebih berminat untuk bersikap realistik dengan menggangap satu mata yang diraih dari gelanggang lawan sudah memadai buat pasukannya.
"Ini adalah penampilan pertama kami pada Piala AFC dan sudah pasti ia memberi cabaran berbeza kepada para pemain. "Malah, dengan jadual padat yang terpaksa kami lalui sepanjang bulan ini, ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada kecergasan pemain," kata Mat Zan.
Mat Zan yang mula membim- bing Terengganu awal musim ini turut mengakui kemampuan kelab dari Vietnam itu. Katanya, corak permainan bola sepak di Vietnam yang agak pantas menyebabkan barisan pemainnya berada pada kecergasan terbaik sepanjang 90 minit permainan.
"Sasaran awal kami pada Piala AFC adalah untuk melepasi peringkat kumpulan dan mara ke pusingan kedua. "Jadi, saya cuma mengharap- kan para pemain dapat menge- kang setiap asakan lawan untuk kami membawa pulang satu mata sekurang-kurangnya," jelasnya lagi.
Untuk rekod, Song Lam yang merupakan juara Piala Super musim lalu kini menduduki tangga kelima dalam kempen Liga Vietnam, manakala Terengganu berada di kedudukan kedua dalam saingan Liga Super.
Musim lalu, kelab dari Vietnam itu berjaya melepasi aksi peringkat kumpulan Piala AFC sebelum tewas kepada kelab Indonesia,
Persipura Jayapura pada pusingan kedua.
Menurut Mat Zan lagi, beliau kini mengharapkan barisan serangan pasukannya yang diketuai penyerang berbisa, Francis Forkey Doe mampu menghasilkan sesuatu pada perlawanan malam ini.
"Sentuhan Abdul Manaf Mamat dan Abdul Hadi Yahya juga begitu ditagih bagi memberi sesuatu kepada pasukan pada saingan Piala AFC msuim ini," ujarnya.
Selain Terengganu dan Song Lam, kelab Hong Kong, Kitchee dan Tampines Rovers dari Singapura turut bersaing dalam Kumpulan .
Sumber - Akhbar Utama
No comments:
Post a Comment