Pelumba berusia 21 tahun itu menamatkan saingan sejauh 108km itu di tempat ke-16, sekali gus memperbaiki pencapaian tahun lepas iaitu ke-21.
Perlumbaan peringkat keenam itu dimenangai pelumba Colombia, Jose Serpa daripada pasukan Androni Giocattoli dengan catatan masa 3 jam 9 minit dan 37 saat, manakala Mohd Saufi ketinggalan lima minit dan enam saat di belakang Serpa.Selepas tamat saingan peringkat keenam, Mohd Saufi kini bersaing rapat dengan Adiq Husainie Othman yang mewakili Champion System dalam perebutan kedudukan selaku pelumba terbaik Malaysia pada edisi kali ini.
Setakat ini, Mohd Saufi berada dikedudukan ke-21, hanya 36 saat di belakang Adiq Husainie yang berada di tangga ke-20.

No comments:
Post a Comment